Wednesday, May 18, 2011

sudah tiba masanya...

saya rindu blog. since saya jadi single lady, saya cuma ada dua tempat meluah. TWITTER dan BLOGGER. susah mahu cari pendengar setia. =(
hari ini cuti umum sempena Wesak Day. saya rasa gembira bercampur sedih. bila agaknya saya akan merasa gembira seperti orang lain yang sedang gembira.? =(
saya rasa sampai bulan ini saja saya mampu bertahan untuk mengekalkan kedudukan dia,dia dan dia di hati saya. mungkin,bulan seterusnya saya harus melupakan dia,dia dan dia. satu persatu mereka berubah.berubah tanpa sebarang keraguan dan kesedihan. mungkin,mereka sudah cukup gembira. melihat perhubungan dia,dia dan dia dengan pasangan masing2 amat mengguris hati saya. walau sakit,tapi saya tetap senyum.saya belajar untuk tidak memikirkan mengenai mereka. bukan maksud saya untuk melupakan 101% tentang mereka.tapi saya terpaksa melupakan kewujudan mereka.dan jadikan dia,dia dan dia sebagai memori terindah. KENAPA? sebab kehadiran dan khidmat saya sudah tidak penting dan saya sudah tidak ada dalam hati dia,dia dan dia. biarlah saya yang mengundur diri. saya tidak suka untuk ucapkan selamat tinggal. maka,saya melangkah pergi tanpa ucapan selamat tinggal. tiada ruang untuk saya menagih simpati dan kasih sayang lagi dengan dia,dia dan dia.

mampu atau tidak,saya akan berusaha mencari diri saya kembali tanpa simpati dan belas kasihan dari orang lain. jujur,saya sedih dan terluka yang teramat dalam. tapi saya tidak akan mengungkit kisah lalu.dan saya cuma dapat mendoakan agar dia,dia dan dia bahagia dengan yang tersayang. hey kamu,kamu dan kamu..semua yang terindah pernah kamu,kamu dan kamu berikan akan saya simpan dalam album kenangan terindah. kerana kamu,kamu dan kamu pernah memberikan saya ruang untuk menagih kasih.

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA... BUAT KAMU,KAMU DAN KAMU.

No comments:

Post a Comment